Selasa, 1 Julai 2014

PUASA DAN SABAR


 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Daripada Abu Hurayrah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila hari seseorang itu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan janganlah dia menengking. Sekiranya ada orang yang memakinya atau mahu bertengkar dengannya maka hendaklah dia memberitahu bahawa saya sedang berpuasa. Demi yang nyawa Muhammad di Tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, apabila berbuka dia gembira dan apabila bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan puasanya.” (al-Bukhari: 1904, Muslim: 1151)

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran.

3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa.

Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yg dinilai sebagai hasan oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

 Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yg sabar dengan ganjaran yg tidak terhitung."

Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." ( Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Sahihnya).

 والله تعالى أ علم

Sabtu, 1 Mac 2014

PROMOSI CUTI SEKOLAH

Menjelang cuti sekolah yang bakal tiba, pada 21-30/3/2014, pihak homestay bersedia memberi sewa murah kepada mereka yang membuat tempahan sebelum tarikh tersebut. Sewa harian untuk Homestay Abuhusnie ialah RM180. Sekiranya tempahan dibuat sekarang untuk percutian bulan Mac ini, sewanya hanya RM160 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini kerana kebiasaannya pemilik-pemilik homstay akan mengambil kesempatan menaikkan sewa harian apada cuti sekolah akan datang. Hubungi 019-4777368